Drew Barrymore

Drew Barrymore

Khamis, 13 Mei 2010

Secantik ala Drew Barrymore

  • Wajah nampak semulajadi tetapi tetap mengoda, sapukan eyeshadow warna berge pada seluruh kelopak mata agar lebih fresh.
  • Sapukan eyeshadow pink pada bahagian bawah dan sudut luar kelopak mata.
  • Jangan menggunakan warna gelap untuk bahagian mata kerana ia akan membuat mata kelihatan lebih layu.

Teknik Pengaplikasian Mascara Yang Tepat Akan Membuat Bulu Mata Lebih Tebal & Dramatik

  1. Sepit bulu mata sebelum pakai mascara, janganlah hanya mengepit dengan ala kadar, sepitlah selama lebih kurang 30 saat.
  2. Aplikasikan lapisan dasar, kemudian gerakkan dengan sikat zig zag dari pangkal sampailah ke hujung bulu mata. Jika ingin hasil yang menyeluruh dan maksima.
  3. Teruskan dengan lapisan atas. Jika bulu mata terasa melekat / bergumpal diantara satu sama lain, kembali lakukan zig zag dengan sikat itu daripada pangkal sampailah ke hujung bulu mata.
  4. Jika ingin mata lebih menonjol, teruskan sekali lagi dengan lapisan atas. Mulakan dari bulu mata bahagian tengah mata ke bahagian luar mata.

INGAT....!!!!!

  • Jangan sesekali menyepit bulu mata setelah memakai mascara kerana ia akan membuat bulu mata bergumpal diantara satu sama lain dan mudah gugur.

TIPS MEMAKAI EYELINER

  1. Menghadap cermin dengan kelopak mata setengah terbuka.
  2. Jari kelengkeng melekat ke pipi untuk menjaga supaya jari tidak mengetar.
  3. Gunakan eyeliner bermula dari sudut mata bahagian luar.
  4. Eyeliner digunakan setelah memakai eyeshadow.
  5. Garis nipis - nipis dahulu.
  6. Boleh ditebalkan kemudiannya jika ingin hasil yang dramatik dan menawan.
  7. Jika tersilap, bersihkan dengan menggunakan baby oil / eye make up remover untuk menghilangkannya.
  8. Bagi yang belum terror / handal, seeloknya memakai eyeliner pensel kerana eyeliner cecair biasanya lebih sukar dipakai.